memperkasakan bahasa
Kelmarin, aku membaca ruangan kesihatan di utusan.com.my. Secara tak sengaja, sebelum ni aku tak pernah pun tergerak nak membaca ruangan tu. Apa yang buat aku tertarik nak baca, adalah kerana tajuk artikel tu berkaitan dengan recurrent miscarriage , atau terjemahannya ‘keguguran berulang’ dan memikirkan benda tu adalah berkaitan dengan topik exam yang tak sampai beberapa hari lagi, aku pun mula membaca.
Apa yang aku baca sesungguhnya membuatkan aku tertekan. Sebabnya; sebegitu banyak perkataan-perkataan Inggeris yang dimelayukan, dan menjadi sangat buruk. Padahalnya, perkataan Inggeris tersebut boleh digantikan dengan bahasa Melayu. Gah sangatkah bila artikel berbunyi Inggeris, sedangkan ada perkataan dalam bahasa melayu yang lebih indah, menarik dan mudah difahami. Contohnya; penulis menggunakan perkataan ‘infeksi’ yang diambil dari bahasa inggeris ‘infection‘; padahal adalah lebih mudah menggunakan perkataan jangkitan, yang aku
percaya adalah lebih mudah difahami. Tujuan memaparkan artikel sebegitu adalah untuk menyampaikan maklumat, dan menurut pemikiran aku yang masih belum habis belajar ini, untuk memastikan penyampaian maklumat yang berkesan, apa yang kita cuba sampaikan mestilah boleh difahami oleh pihak yang membaca, jika tidak, tiadalah gunanya proses penyampaian maklumat tersebut. Betul tak? Lagipun, tahap pelajaran pembaca adalah berbeza-beza jadi adalah lebih baik menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh semua peringkat masyarakat. Setuju?
Satu lagi; ini adalah sangat tidak boleh aku terima - dalam artikel tersebut ada menceritakan tentang penggunaan cecair saline; iaitu larutan garam yang digunakan untuk menggantikan cecair dalam badan. Perkataan yang digunakan oleh penulis - cecair salina. Salina ok. Kesian salina. Apalah salahnya menggunakan perkataan saline yang diletakkan di dalam koma atau dalam huruf italic untuk menunjukkan bahawa perkataan tersebut adalah bukan dari bahasa melayu. Tidak perlulah memelayukan semua perkataan Inggeris tersebut. Kalau hendak diikutkan, banyak perkataan yang digunakan dalam perubatan adalah dari bahasa Greek atau pun Latin, bukan Inggeris!!
Aku akui memang kerja-kerja menterjemah bahasa adalah tidak mudah, kerana aku pernah mencuba. Memandangkan sekarang bahasa Melayu yang aku gunakan adalah terhad kepada bahasa percakapan, jadi kebolehan aku untuk menulis dalam bahasa melayu adalah terhad, dan kadang-kadang aku rasa aku lebih mudah menyampaikan apa yang aku rasa dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Tetapi sebagai seorang wartawan yang bekerja di akhbar Melayu, ini tidak sepatutnya menjadi masalah, malah perlu dianggap sebagai satu cabaran, supaya konsep media sebagai penyampai maklumat dan bahan untuk membantu kerajaan memperkasakan bahasa Melayu dapat dipenuhi. Mungkin wartawan tersebut tidak begitu rajin untuk menterjemahkan bahan yang diperolehi??
Satu lagi, apakah kaitan stres cetus serangan jantung dengan apa yang sedang dilalui oleh Mawi sekarang ini? (penggunaan perkataan ’stres’ di situ yang boleh digantikan dengan ‘tekanan’). Kasihan Mawi, umur baru awal dua puluhan, tetapi media sudah risaukan dia tidak mampu menangani tekanan hingga boleh menyebabkan dia mendapat serangan jantung atau ‘infarksi miokardium’ (aku rasa penggunaan myocardial infarction adalah lebih bersesuaian kerana memudahkan pembaca mencari bahan bacaan sampingan di dalam bahasa inggeris untuk menambahkan kefahaman terhadap penyakit tersebut kerana tidak banyak bahan bacaan dalam bahasa melayu tentang perkara itu). Mungkin nama Mawi dimasukkan di situ untuk menarik pembaca. Tetapi, tidak wahai penulis. Aku sebagai pembaca tidak membaca artikel itu kerana nama Mawi ada di situ. Ia hanya membuatkan aku berasa lebih jelik kerana kau terpaksa menggunakan populariti murahan sebegitu untuk menarik minat pembaca. Kelakar ok. Aku tidak nampak kaitannya. Adalah lebih baik jika kau membincangkan tentang cara hidup masyarakat sekarang yang sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk beriadah hingga boleh menyebabkan tekanan, dan meningkatkan risiko serangan jantung.
thehealthinspector: Ok. Dah penat membebel. Mari belajar dengan bersungguh-sungguh. Doakan aku ya rakan-rakan.
July 13th, 2006 at 6:09 pm
i agree with the first 3/4 of your blog but not really the last point. yeap. because i’m one of the few malays in the new company (and because now i’m working in brand and communication dept) i have to do a hell loads of translation. can you imagine, the word ‘underwriter’ they malaysianised (hahah i loveee this term) it to ‘pengunderait’. i mean, wtf? that is so silly, in my opinion. but then again, if they were to tell me to come up wif my own term, i would have difficulties too since malay language ain’t that straight to the point you know. that’s why the malays are never straight to the point too. i know… everything kena ada mukadimmah la, whatla, go around the bushes. in certain cases, yeahhhh that’s applicable but if it’s practised too much in everyday life, it’s just wasting time. we, after all, are moving towards the globalisation world… everything is quick quick quick… information is all at your fingertips. swift.
however, translation is not as easy as it sounds. i think you will agree on me on this. i know because i translated our brochures, our letters, bank negara’s letter to leigh since he cannot read malay etc. it cannot be translated directly, it has to capture the context and the expression of the sentence. so in the case ’stres cetus serangan jantung’. to me, if you put tekanan it could mean ‘pressure’ hence dari segi maksud dan isi ayat, it’s no longer the same. tekanan can be so many things and kalau letak dlm struktur ayat, ‘tekanan cetus serangan jantung’… mcm tak betul je. mcm tergantung. tekanan apa? you get what i mean? so that’s why stres is used. because it conform to the meaning of the whole point. true, certain words should be used like you said ‘jangkitan’ compared to ‘infeksi’.
that’s all i have to say. for today. have a nice day sweets.
July 14th, 2006 at 3:09 am
found a Malay book about management. a simple word in b.melayu –> PENGURUSAN. but UNFORTUNATELY, the title is being translated into “MANAJEMEN”. how weird ;)that’s what we called as “transliteration” in library sc term, huhuhu.
July 14th, 2006 at 3:53 am
hahehaeh… a nice one eija..u made me laugh..yg paling tak tahan sekali - CECAIR SALINA!!!
aduhaiii bahasa ku….
July 14th, 2006 at 8:02 am
rasa nya zaman sekarang nie dh x sama mcm zaman munsyi abdullah dulu, yg mana byk org2 yg bijak pandai bertungkus lumus menterjemah kan ilmu dalam bahasa asing ke bahasa melayu utk boleh di pelajari dan difahami masyarakat setiap lapisan. I do think that malay’s version of english is pathetic. Like ‘konklusi’ or like u said ‘infeksi’. I mean, there are a better malay words to ‘terjemah’ all these foreign words. Di mana karyawan atau sasterawan abad 21? Tak kan nak mengharap kan A Samad Said je kot? I do think we have a better translation than ‘cecair salina’. It shows how helpless and ignorant our journalism. I really hate it when people say it is better for malaysians to learn science in english rather than malay. Very lame excuses. I think i would understand better in malay instead of english simply bcoz it’s my own language. When i was doing my a-level, i have to learn everything in english but i never had problem to convert my previous understanding in bahasa melayu to english. Bahasa melayu adalah bahasa yg sangat cantik dan mudah di fahami, namun ramai yg tidak sedar perkara mcm nie.
July 14th, 2006 at 8:35 am
mala: I do agree with you, translating is not an easy job, and memang susah nak cari perkataan yang setara maknanya dengan english words. So, maybe untuk perkataan macam tu bolehlah nak dibuat pengecualian. But from what I see now, they translate everything to Malay, and that’s really pathetic. I mean, what’s wrong with the word ‘belanjawan’ that they have to change to it ‘bajet’ yang bukan saja buruk dari segi ejaan, malahan juga sebutan. Come on, that’s not globalisation, that’s copycat, don’t u think?
k alin: apakahhhhh
ej: tu laa kesian salina. gunalah larutan garam ke, apa ke. tskk
fairuz: exactly my point
macam manalah kempen cintakan bahasa nak berjaya, kalau wartawan sendiri tak membantu. sheeeshh
July 25th, 2006 at 6:24 am
hahaha…belilah barangan barangan malaysiaa
gunalah PRIMAX3 utk perjalanan lebih jauh dan enjin lebih bersih…