huhuhuhu

Hari ini adalah kena sakit jantung seketika. Ini kerana, laptop yang ieja gunakan dengan ihsan dari numan telah dengan tiba-tiba membuat hal dan tidak mahu menyalakan dirinya. Mula-mula, ieja telah membiarkan nye seketika dengan harapan, dia akan kembali pulih seperti sediakala. Tetapi setelah hampir satu jam berehat, dia masih tidak bangun-bangun, dan ieja pun panik. Mula menelefon Ikhsan tetapi hampa kerana dia tak angkat telefon. Jadi Ieja pun tepon adinda yang tercinta (w/pun tahu dia bukannya boleh buat apa-apa heheheh) untuk mengadu kerana Ieja takut nak menelefon Numan. Setelah bercerita dengan Nisa, Nisa suruh menelefon Numan, tetapi tiada jawapan. Huuhuhuhu. Cuaknya saiye!!!! Tak tau nak buat apa lagi, Ieja pun menelefon Fauzi yang sedang tidur. Semasa bercakap dgn Fauzi, Ieja pun cuba lah menghidupkan laptop. Dan dengan penuh magis nya, laptop ini bangun!!! Dan kemudian Ikhsan dan Numan membalas miss call Ieja tadi, tapi masalah dah selesai. (Baru je mengadu dengan Safri, dulu kalau komputer rosak sikit ajer, terus telefon Fauzi suruh dia datang betulkan..hehehhe.. apakan daya sekarang dah tak bleh guna trick tu dah, pasal dia dah takde kat sini..huhuhuhu sob sob). Walau macam mana pun, masalah dengan komputer Ieja telah berjaya diselesaikan, insyaAllah, jadi lepas ni boleh laa pulangkan laptop ni kepada tuan dia.

Itulah sahaja hikayat pada malam Jumaat yang indah ini.

Leeds Aspiration Night pada Hari Sabtu lepas sangat menghiburkan, tapi malas nak cerita di sini. Tengok gamba ni je lah ye.

Lovethisshot_1

Picture_067_3

Leave a Reply