Azroy

~~> kat restoran tepi tasik

Roy: Suzi, sebelum ini roy tak pernah merasa begitu indah hidup ini..kalau..sehari tak menemui Suzy, terasa begitu rindu.

Suzy: Betul? atau hanya pura2? Entah-entah Suzi hanya dibuat untuk melepaskan rindu

Roy: benar suzi!!mulai dr saat ini Roy berjanji, tidak akan ada orang lain, selain Suzy

Suzy: kalau begitu, seluruh jiwa raga suzy, akan suzy serahkan pada Roy

Heheh, hari ni, menghabiskan masa tengok cerita Gila-gila Remaja.. Cerita favourite aku satu ketika dulu. Boleh kata, setiap kali dia tayang kat Tv, mmg aku tak pernah miss punya lah. Sanggup tak ikut parents aku keluar, sebab nak tengok citer tu. Masa tu, aku rasa memang Faizal Husin tu paling kacak lah.. kira childhood crush lah ni.. muehehehehe.. tp sekarang, dia tak kacak dah.. Rosyam Nor lagi kacak drpd dia :p .. Aku pon tak tahu lah apa yang best sangat dgn citer tu. Walaupun dalam citer tu dia sangat nampak playboy.. tapi sangat comel juga.. Dulu aku siap ada cita2 nak boifren mcm dia lah..w/pun Jepa kata dia kurus kering ;p

Pastu, hari tu.. surf2 kat torrentmalaya, jumpa lah citer ni..so, aku pon donlod lah. Baru hari ni ada can nak tengok.. hehehe tapi sayangnya, tgk sensorang..jadiknya, aku konsetret lah tengok citer tu.. kalau tgk ramai-ramai ni, konfem gelak sepanjang cerita. Dialog dia, sgtlah tak natural.. pastu lepas 5-6 ayat cakap, gelak..gelak yang dibuat2 pulak tu.. apa yang kelakar pun tak paham.. Adalah part yang memang kelakar..tapi, mostly part, takde lah kelakar pon..

Memang nampak lakonan semata-mata.. haa ni ada lagi part percintaan yang aku memang tak tahan ~~> (baca buku bawah pokok, kat taman mainan)

roy: jadi bagaimana dgn rancangan kita tu?

Suzi: rancangan apa?

roy: roy mahukan anak banyak..biar anak kita tu, 2 dozen

suzi: eiii gatalnya…

…blablablablabla….

roy: biar pun datang 100 gadis cantik..roy tetap nakkan suzi..roy nak semua 2 dozen anak tu..macam suzi..

muahahaha.. aku rasa, sekarang takde dah kot dialog macam ni dalam citer melayu?? Tapi apa pun.. aku gumbira dapat tengok citer ni.. walau macam mana poyo dan tak logik pon, aku sanggup je tgk citer nih juta2 kali lagik.. kerana Azroy bin Azlan itu sangat comel dan kiyut.. Tak caya, gi tanya Farid… muahahahahah :p

Haa sebelum aku abiskan entry ni.. ni lagi satu part yang aku rasa lawak -> (part azroy jumpa remy kat skolah henry gurney)

remi: ohh peperiksaan, aku kesal tdak dpt bersama kawan2 utk mengambil peperiksaan

blablablablabla..

remi: ohh.. aku rindukan kawan-kawan ku..

blablablabla

roy: kau bukan setakat kawanku, kita berdua, bagaikan bersaudara.. pastu gelak2  (part ni aku musykil, naper dia gelak??)

Hahahaha.. sebenarnya, kalau aku nak tulis dialog2 lawak dia, kena lah aku tulis balik the whole story kat sini..tapi takpe.. kalau korang nak tgk balik, silalah donlod kat torrent malaya nun.. tak pon, meh dtg sini, tgk kat umah aku jer :p

thehealthinspector: Oh royyyyy..

2 Responses to “Azroy”

  1. faridah Says:

    hahahaha..sape sangka…itu REMY bley jadi pelakon lelaki paling poplar skrg..hahahah

  2. Ieja Says:

    mmg lah.. itu sumer berkat dia masuk Henry gurney dulu.. Kalau tak, sure dia jadik cam Roy.. makin malap.. muahaha :p

Leave a Reply