Archive for August, 2005

the day he went away

Wednesday, August 31st, 2005

Spent my weekend in Sheffield.. for the last time, lah kot. Pasni dah takde dah nak melangut kat Sheffield tu lagik :p. Got some more stuff for my family back home. Then, he got me an early birthday present - an elegant swatch (yippie!!!). A bit too early lah tapinya, since my birthday lagi 2 bulan. But who cares lah kan. Orang nak bagi, kita amik je laaa.. kan, awak kan?? ;)

Yesterday, sent him to Manchester Airport.. rasanya, sekarang he’s probably safe at home.. tapi blum msg saya lagik.. iskk.. sob sob ;p.

Sekarang dekat skool, tgh sibuk carik deal internet yang baru kerana internet dirumah difreezekan sbb tak bayar. Yennadey..Adoilah. Macam-macam hal lah pulak.

Hmm.. rasa nak tulis lagi.. tapi, tiba-tiba takde idea…

oh well, maybe I should go home and isi perut dulu.

thehealtheinspector: speechless

alhamdulillah

Monday, August 22nd, 2005

I just got this email :)

"Dear Nadeem and Siti,

Thank you for gathering the PDT data. I have updated the abstract and I
shall be submitting it to world ophthalmological congress in Brazil. If the
paper is accepted, both of you will have a publication each. Not bad for a
4th year medical student. If you wish to go to Sao Paulo Brazil for the
congress visit
http://www.ophthalmology2006.com.br
I understand that your emails will not change for a while. But if there is
any change please let me know so that I can update the abstract accordingly.
Your names will appear in the abstract as follows:

Nadeem Akhtar (Akhtar, N.)
Siti Khadijah Ibrahim (Ibrahim, S.K)"

Sorry, this is just too good to keep to myself.. I couldn’t stop smiling now. All the commuting to Bradford for my SSC has been paid off. I’m just so glad!! I mean.. Mr Ghanchi did mention that he wants to publish the paper, but I didn’t really thought about it at that time. Now, when I got the email from Chin.. It’s such a high.. I’m still couldn’t believe my eyes.. Alhamdulillah. I’m so pleased. Now, Insyaallah, if all goes well, I’ll have my name on a publication. How cool is that??? I’m so lucky. Let’s hope I’ll get through the next 2 years (insyaAllah) in Med. school. Aminnnn :)

And ohh, if I manage to get some fund, I might be able to go to Brazil.. hehehe, that’s like once in lifetime chance, ain’t it??? ;)

Hahaha.. and Kamarul keep trying to convince me to practice in the UK after graduating ;p

thehealthinspector: life is like a box of chocolates, you’ll never know what you gonna get!! -> forrest gump

tak tahu - adam

Sunday, August 21st, 2005

Picture_074_1 Amaran kepada pihak berkuasa
Ini kes ragut dan aku mangsanya
Tiada harta yang hilang hanya perhatian dicuri
Dibawa lari hingga tergagau ku di sini
Suspek seorang wanita rupa paras menawan
Sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan
Jika ada mengesan status dan lokasi
Silalah hubungiku A.S.A.P.

Susahnya nak ikut hati bila pengalaman mengajar
Jangan gopoh… gelojoh… terlalu mudah jatuh cinta
Tapi apakah diagnosisnya jika simptom asyik merindu
Mungkin demam cinta melanda setiap pelusuk tubuhku

Tak ku sangka ku yang tabah turut rebah
Gagal menahan diri bila kau hampiri
Tak terkawal tak ku sangkal ku terkena
Tak tentu hidupku… oh kelibat kamu

Ha ha.. tak tahu… apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha.. tak tahu… oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku… jawablah kau… ku tak tahu

Ku cuba alih pandangan kau tetap berapa di situ
Seperti angin yang dingin teruja setiap romaku
Bagaimanakah caranya untuk ke peringkat seterusnya
Kerana bosan mendengarkan "cukuplah sekadar kawan"

Ku berlagak tenang di hati bergoncang
Ku nafikan diri ku telah dicuri
Walaupun tak jelas ku nyata terjejas
Lari konsentrasi…oh hampir sepanjang hari

Bukan kes tak sakit cari penyakit
Siapa tak tertarik dengan penampilan gerek
Ramping bergaya hingga hujung kaki
Wanita idaman setiap langkah
Wanita idaman setiap lelaki

Benar belaka ini semua angkaranya
Jiwa belaka ini semua angkaranya
Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut
Akan ku cuba membuat dia terpikat padaku
Entah hendak atau tidak… aku tak tahu

Azroy

Saturday, August 20th, 2005

~~> kat restoran tepi tasik

Roy: Suzi, sebelum ini roy tak pernah merasa begitu indah hidup ini..kalau..sehari tak menemui Suzy, terasa begitu rindu.

Suzy: Betul? atau hanya pura2? Entah-entah Suzi hanya dibuat untuk melepaskan rindu

Roy: benar suzi!!mulai dr saat ini Roy berjanji, tidak akan ada orang lain, selain Suzy

Suzy: kalau begitu, seluruh jiwa raga suzy, akan suzy serahkan pada Roy

Heheh, hari ni, menghabiskan masa tengok cerita Gila-gila Remaja.. Cerita favourite aku satu ketika dulu. Boleh kata, setiap kali dia tayang kat Tv, mmg aku tak pernah miss punya lah. Sanggup tak ikut parents aku keluar, sebab nak tengok citer tu. Masa tu, aku rasa memang Faizal Husin tu paling kacak lah.. kira childhood crush lah ni.. muehehehehe.. tp sekarang, dia tak kacak dah.. Rosyam Nor lagi kacak drpd dia :p .. Aku pon tak tahu lah apa yang best sangat dgn citer tu. Walaupun dalam citer tu dia sangat nampak playboy.. tapi sangat comel juga.. Dulu aku siap ada cita2 nak boifren mcm dia lah..w/pun Jepa kata dia kurus kering ;p

Pastu, hari tu.. surf2 kat torrentmalaya, jumpa lah citer ni..so, aku pon donlod lah. Baru hari ni ada can nak tengok.. hehehe tapi sayangnya, tgk sensorang..jadiknya, aku konsetret lah tengok citer tu.. kalau tgk ramai-ramai ni, konfem gelak sepanjang cerita. Dialog dia, sgtlah tak natural.. pastu lepas 5-6 ayat cakap, gelak..gelak yang dibuat2 pulak tu.. apa yang kelakar pun tak paham.. Adalah part yang memang kelakar..tapi, mostly part, takde lah kelakar pon..

Memang nampak lakonan semata-mata.. haa ni ada lagi part percintaan yang aku memang tak tahan ~~> (baca buku bawah pokok, kat taman mainan)

roy: jadi bagaimana dgn rancangan kita tu?

Suzi: rancangan apa?

roy: roy mahukan anak banyak..biar anak kita tu, 2 dozen

suzi: eiii gatalnya…

…blablablablabla….

roy: biar pun datang 100 gadis cantik..roy tetap nakkan suzi..roy nak semua 2 dozen anak tu..macam suzi..

muahahaha.. aku rasa, sekarang takde dah kot dialog macam ni dalam citer melayu?? Tapi apa pun.. aku gumbira dapat tengok citer ni.. walau macam mana poyo dan tak logik pon, aku sanggup je tgk citer nih juta2 kali lagik.. kerana Azroy bin Azlan itu sangat comel dan kiyut.. Tak caya, gi tanya Farid… muahahahahah :p

Haa sebelum aku abiskan entry ni.. ni lagi satu part yang aku rasa lawak -> (part azroy jumpa remy kat skolah henry gurney)

remi: ohh peperiksaan, aku kesal tdak dpt bersama kawan2 utk mengambil peperiksaan

blablablablabla..

remi: ohh.. aku rindukan kawan-kawan ku..

blablablabla

roy: kau bukan setakat kawanku, kita berdua, bagaikan bersaudara.. pastu gelak2  (part ni aku musykil, naper dia gelak??)

Hahahaha.. sebenarnya, kalau aku nak tulis dialog2 lawak dia, kena lah aku tulis balik the whole story kat sini..tapi takpe.. kalau korang nak tgk balik, silalah donlod kat torrent malaya nun.. tak pon, meh dtg sini, tgk kat umah aku jer :p

thehealthinspector: Oh royyyyy..

kasut baru saya

Monday, August 15th, 2005

Went to York with him last Saturday. He wanted to buy some stuff to bring back home, and I wanted to buy shoes for Abg Arul and K Nora, so we went. Keluar lambat, so, sampai pun lambat lah. Got there about 1230pm, walked a bit around the town, then gi makan kat Pizza Hut. Tapi, Country Feast tak sedap.. rugi btul!! Pnat tunggu lelama..and the cheesy wrap was burnt as well. Oh, well.. but he managed to eat 3/4 of the pizza. Yannadey!! Bukan salah saya, kalau awak makin boroi, ek? :p. It was raining, quite heavily.. nasib baik bawak payung..kalau tak mahunya lencun.. jadik memori daun pisang pulak..hehh

Then, we went to the outlet lah.. got a few hours to spend. At first we walked slowly from one shop to the next, pastu tetiba baru realised yang kedai sumer dah nak tutup. Masuk kedai Clark kol 515 pm.. pastu jumpa kasut utk Abg Arul, tak tahu dia sanggup nak bayar ke tak, so I called him..hahaha nasib laa, dah kol 12 tgh malam kat Mesia.. dah laa member baru kawen..sure terganggu konsentrasi nak tido :p. Nasib baik sempat beli kasut dia. Then I went to the ladies section laa.. nak cari kasut for K Nora. Since she wears the same size as me, so takde lah susah sgt nak cari kasut dia. I got her flat shoes, which I like, but not sure whether she’ll like it or not.. hehe..kalu tak suka, she can always sedekah that shoes to me, aite? :p.

Then I found this shoes..Picture_040_1 nice ey?? Since aku sangat lah susah utk berjumpa kasut yang sesuai dgn jiwa, dan sesaiz dgn kaki, so, dgn tak tunggu lama..saya pon membeli laa kasut ini!!

Aiyoo!! Asyik shopping jer. Macam JPA bg byk sgt duit.. isk isk isk.. But, considering the fact yang aku mmg sgt jarang jumpa kasut (i usually spend a few months nak cari kasut yg sesuai dgn jiwa raga - susah btul lah jadik orang chumil nih ;p).. jadik, takpe laa kan? besides, this is my only pair of shoes that he also likes. Selalu tu, ada je yang tak kena.. Harga pon standard jer..lagi pun kasut kulit, so lama laa sket tahannya.. oh ye, kasut ni ada heels.. bagi aku tinggi sket (w/pun seinci jer..muahahah :p). –> giler banyak argument nak menyedapkan hati.. hehh

I saw one shirt, ingat nak beli for my dad, but, I thought takpe laa..nanti pusing lagi skali, baru beli, since it was quite expensive pon.. tapi, bila pusing lagi sekali, kedai tu dah tutup..uhuk uhuk..tensi gue!!! Takde rezeki agaknya. I bought him a wallet instead.. No more shopping lah kot lepas ni? Except for groceries, and the T-shirt I promised Dayah. Hopefully I’ll get one from Zara yang tgh sale giler-giler tu (Fatemah bought long-sleeved top for £3).. And hopefully, I’ll get a part-time job soon. aminnn..

Cemaner pon, I’m a happy girl!! ;)

thehealthinspector: you can’t have to many friends..or pair of shoes ;)

hepi besday to you!!!

Friday, August 12th, 2005

Mvc016s

Ok..nampak gamba budak kiyut atas nih?? heheh.. ari ni, cukup laa umur dia setahun.. dah besor dah ek awak?.. ari tu cinonet ajer..tapi aku takde laa pulak gambo setahun budak kecit ni..mintak2 abg ngan kakak ipor aku murah ati ler nak anto gamba diorg celebrate beday dia wiken ni. :D

Hehehe..pandai apa ntah dia..baru tumbuh gigi 3-4 btg, pastu cakap sket-sket..nak jalan, belum lagi..dia malas.. heheh.. and, sangat kuat merajuk..pantang kena tegur sket, mula laa merajuk, sampai menonggeng-nonggeng, saper ntah dia ikut? mak usu dia kot yang kuat merajuk. Mak ayah dia bukannya rajin sangat nak pujuk dia merajuk..lagi kena gelak ngan diorang, lagi ada :p.

Buah ati pengarang jantung ayah aku, merangkap atuk mithali..tunggu lah Kasyah..nanti tahun depan, pak ngah plak dapat baby.. haa.. baru laa orang tak layan dia dah..sekarang boleh laa eksyen, pasal dia sorang jer :)

hmm.. apa pon, epi besday yer..nanti dah pandai cakap, kita boleh sembang kat tepon plak, ok?

Aku nak suruh dia panggil aku apa pun, tak tau.. nak suruh panggil Acik, cam buhsan.. suruh panggil Ateh kot best?? mueheheh.. takpe lah..besok dia da pandai cakap, buleh ajar.. aku ingat nak suruh panggil auntie jer, tapi Dayah cakap aku berlagak..muahahahahah. (jeles laa tu..macam aku tak tau jer :p)

Hai..lah, rindu sama kamu, dong!!

thehealthinspector: bleh tak kalo tak yah besar?? nanti dah bijak sangat bercakap dan berlari, malas pulak aku nak layan..mueskeskes :p

finally!!

Wednesday, August 10th, 2005

setelah sekian lama.. baru bleh updet blog ni.. apa laa nak jadi ngan friendster ni..memula, blog aku tokleh view.. pastu, dah boleh view.. tokleh update.. nak post komen kat blog orang.. asyik masuk friendster homepage sendiri..

mintak-mintaknya..lepas ni, takde laa problem lagik *sigh*

MEMORI CINTA LUKA - NASSIER WAHAB

Wednesday, August 3rd, 2005

Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmara melewati
Kala sendu

Tersurat perpisahan ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Bridge:
Bukan alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna

Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri

Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri

thehealthinspector: Demam Mawi?? :p