marang kerapu kepunden parang sekeper
Tiba-tiba, hari ni terasa ingin menulis dalam bahasa ibunda yang tercinta.
Cuba menajamkan bakat menulis yang tak pernah wujud pun agaknya. Serasa menyesal(iye ke) tak memanfaatkan sepenuhnya waktu belajar bahasa melayu di STF dulu. Manakan tidak, tatkala Cik rosnah sibuk membacakan nota-nota tatabahasa dari buku tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, aku pula sibuk tersengguk-sengguk di belakang dengan tulisan yang makin lama makin ke atas. Dah macam rupa cacing naik bukit aje lagaknya.
Walaupun aku agak bising dalam kelas bahasa, bukan kerana aku yang bijak, tapi kerana Nazmin yang banyak idea, tapi tak punya suara yang cukup kuat untuk didengar ke seluruh kelas. Jadi, aku sebagai kawan yang baik, sentiasalah membantu, almaklum, suaraku kadang-kadang macam petir lagaknya. Mak selalu kata, mungkin sebab waktu mak bersalinkan Ija, hujan dan ribut petir kat luar. Jadi terkenan, agaknyalah.
Bila umur makin menginjak, belajar bahasa dengan Puan Nik yang cantik bergaya, walaupun selalu terhibur dengan kisah-kisahnya, tapi selalu juga aku tertidur, atau pun sibuk menghabiskan latihan Matematik Tambahan Pak Yem, yang tak pernah kuhantar pada waktunya. Selalu saja terlambat. Kalau Sharlina memungut buku, tak pernah yang cukup. Biasanya kalau aku hantar pun, sebab dah tiada buku yang boleh diguna. Semuanya tak bertanda. Jadi hendak tak hendak, kenalah hantar.
Sebenarnya, pagi tadi, terfikirkan benda lain yang nak di coretkan di sini, tapi Ija memang selalu merapu agaknya. Kalau tak, takkan lah boleh berbual dengan Mala, dari topik seorang H*******, sampai ke Presiden Bush. Hebat tak hebat bila perempuan bercerita. Kan, Mala?
Oh ya, baru teringat sebenarnya pagi tadi teringat pantun Gurindam Jiwa, cerita Noordin Ahmad (ke?) dulu-dulu. Sangat suka. Mungkin Ija ni memang berjiwa klasik? hahaha
Mungkin sedikit sebanyak, darah orang Melaka yang suka berdondang-sayang ada terlekat dalam diri. Dulu masa minggu orientasi di STF, pernahlah menyertai pertandingan pantun antara kelas. Tapi, sebab, walaupun gaya berpantun tu sudah ada (dapat pemantun terbaik untuk pusingan tersebut), tapi tak cukup cekap mengarang pantun, jadi kami kalah. Itulah kali pertama dan terakhir masuk pertandingan pantun. Serik rasanya nak mengarang pantun dalam masa 1 minit. Hari tu pun mengambil masa beberapa minit nak membalas pantun Mala.
GURINDAM JIWA
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduanAnak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
bagaikan rambut bersimpul matiBatang selasih permainan budak
Daun sehelai di makan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali jugaBurung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tanganKalau tuan mudik ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Ini pula pantun kegemaran dari filem Puteri Gunung Ledang:
Berlayar berkelok-kelok
sauh dibongkar di tempat tenang
yang pergi hati tak elok
yang tinggal hati tak tenang.
Indahkan, bahasa Melayu ni sebenarnya? Selain pantun, Syair pun sedap juga. Dulu masa mula-mula belajar bersyair dengan Cikgu Amir masa di SKBSM, rasa seronok. Selalu sembunyi-sembunyi bersyair. (Maklumlah, adik-beradik ramai, kalau ada yang dengar, mesti berhari-hari jadi bahan sakat).
Jadi janganlah pelik, kalau ramai orang yang rasa PGL tu lambat jalan ceritanya, aku pulak, menikmati tiap saat!
thehealthinspector: Entry paling ‘poyo’ pada abad ini. tetiba rasa nak gelakkan diri sendiri.ahahah :p
May 14th, 2005 at 7:53 am
hahahaha. terkesima kejap aku mengingat konversasi kite dulu. now aku ingat! hahahahahahaahah.
ye ye, betul… borak ngan aku, leh dr satu subject ke subject yg lain. hahahaha. miss those times babe! can’t wait to have you here.
hahaha the healthinspector is in the houseeee! wuhuu. that will melekat wif you lah forever. hahahahaha.
May 15th, 2005 at 1:28 pm
can’t wait 2 see u too!!
yeah, the health inspector is here. I’ll give u the credit lah