wanita ibarat rama-rama - Dr HM TUah Iskandar al HAj

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita jadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga, tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu pada sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari anda. Kemudian lepaskan ia kembali, ia terbang tapi terbuai oleh angin. Siapapun yang menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk disimpan, mahupun diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita.Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya.Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk mengeluarkan diri dari kepompong yang mengikat itu.Sedangkan sepanjang ia berada dalam kepompong tiada siapa pun yang menghiraukan, malah tatkala ia bergelar ulat, ia lebih dibenci.
ReramaSulitnya untuk akhirnya bergelar rerama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk menilai betapa bernilainya kehidupan mereka. sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk, sebaliknya, kenang kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia pada hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya andalah lambang pengorbanan ibu bapa anda.
Usah jadi rama-rama di dalam bingkai gambar, indah dipegang tetapi diri sendiri menanggung beban. hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu di pertahankan. Hak anda adalah memelihara kehormatan. Selama mana anda memlihara kehormatan dan maruah diri, anda berada di taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau  penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana-sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia terdedah kepada bahay. Namun, rama-rama itu tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah  tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki, semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki, tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. JAdilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan kasih sayang dan belaian kasih sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebsa bagaikan sang rama-rama.
JAdilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

*sangat betulnya bila difikirkan,cuma kadang-kadang kita terleka dengan keindahan sementara. kusangkakan intan rupanya kaca ;)*
DR HM TUAH ISKANDAR AL_HAJ

Leave a Reply